PERKESO Melaka galak masyarakat orang asli mencarum

2024-11-19 HaiPress

Foto BERNAMA

BANDA HILIR,18 November- Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Melaka akan mendekati masyarakat orang asli bagi menggalakkan mereka membuat caruman,khususnya melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).

Exco Kesihatan,Sumber Manusia dan Perpaduan negeri,Datuk Ngwe Hee Sem,berkata caruman itu penting kerana kebanyakan masyarakat orang asli bekerja sendiri dan tinggal di kawasan pedalaman.

"Menerusi caruman seperti SKSPS,ia dapat memberikan perlindungan kepada mereka (orang asli) jika berlaku kemalangan.

"Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah pula akan memberi perlindungan kepada golongan suri rumah," katanya kepada pemberita selepas program Jalinan Mesra PERKESO Bersama Media 2024 di sini.

Beliau turut menambah bahawa program kesedaran akan dilaksanakan bagi menerangkan kepentingan caruman dan manfaat yang diperoleh melalui perlindungan PERKESO.

Di Melaka,terdapat 14 perkampungan orang asli yang meliputi daerah Alor Gajah dan Jasin.

Sehingga September lalu,seramai 15,741 individu telah mencarum di bawah SKSPS.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.