Peruntukan RM108.5 juta untuk projek tebatan banjir Sungai Kinta

2024-12-06 HaiPress

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Nga Kor Ming melawat tebing sungai kinta ketika melawat kawasan banjir di Arena Kepayang Putra / Foto Bernama

IPOH,5 Disember – Sebanyak RM108.5 juta diperuntukkan bagi projek tebatan banjir di Sungai Kinta,yang melibatkan kawasan Ipoh dan Kampar.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Nga Kor Ming berkata peruntukan itu bertujuan untuk menaiktaraf ban di sepanjang Sungai Kinta sebagai langkah pencegahan dan penyelesaian jangka panjang dalam menangani risiko banjir di kawasan tersebut.

"Beberapa tindakan sedang diambil,antaranya pembinaan ban sepanjang 600 meter,pemasangan pam oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk mengalirkan air keluar,serta pembersihan sistem perparitan di sekitar kawasan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau kawasan bencana banjir di Arena Kepayang Putra,dekat Fair Park,di sini yang terjejas akibat limpahan Sungai Kinta.

Kor Ming turut mengumumkan kerajaan akan menyalurkan bantuan kecemasan sebanyak RM1,000 kepada setiap keluarga yang terkesan akibat banjir.

Kejadian banjir tersebut berlaku pada Ahad lalu,di mana kawasan perumahan Arena Kepayang Putra dinaiki air setinggi kira-kira 1.5 meter,yang merupakan kejadian pertama dalam sejarah sejak 28 tahun lalu.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.