Lebih banyak negara ASEAN sertai BRICS, potensi pengaruhi pertumbuhan ekonomi serantau

2025-01-10 HaiPress

Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

KUALA LUMPUR,9 Januari- Penyertaan lebih banyak negara ASEAN ke dalam BRICS berpotensi memperluaskan kejayaan blok itu ke peringkat global.

Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata,penilaian terhadap manfaat BRICS,berpotensi mempengaruhi pertumbuhan ekonomi dan daya tahan rantau ini pada masa hadapan.

"Walaupun masih perlu dilihat bagaimana BRICS akan berfungsi sebagai pengimbang kepada dominasi Barat,hakikat bahawa beberapa negara anggota ASEAN semakin mesra dengan BRICS adalah signifikan.

"Dua hari lalu,Indonesia secara rasmi telah menjadi anggota BRICS,dan bagi kita sebagai rakan,perkembangan ini adalah sesuatu yang perlu diambil kira oleh semua negara anggota," katanya.

Tambah Zafrul,sesetengah pihak mungkin berpendapat BRICS tidak mempunyai kesepaduan yang diperlukan untuk kestabilan jangka panjang tanpa kuasapenyatu.

Namun,rekod prestasi 50 tahun ASEAN merupakan bukti utuh,kepelbagaian politik dan ekonomi bukan penghalang dalam usaha memupuk keamanan dan kemakmuran.

Beliau berucap pada majlis penutup Persidangan Pemimpin Pemikir Ekonomi ASEAN 2025.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.