Terengganu kembali dilanda bah

2025-01-12 IDOPRESS

FOTO BERNAMA

KEMAMAN,12 Januari- Terengganu kembali dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak semalam.

Satu pusat pemindahan sementara PPS dibuka di Kemaman pada pukul 10 malam tadi melibatkan 15 penduduk daripada lima keluarga.

Menurut kemas kini laman web info banjir JKM,kesemua penduduk terjejas ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Geliga Pantai.

Berdasarkan publicinfobanjir.water.gov.myhanya paras Sungai Besut di Jambatan Keruak di Besut telah melepasi tahap bahaya dengan bacaan 35.64 meter.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.