Labuan, berpotensi jadi hab global industri tuna

2025-01-14 HaiPress

FOTO FB Dr Zaliha Mustafa

LABUAN,14 Januari- Industri tuna global kini bernilai kira-kira AS$42 bilion dan dijangka melonjak ke AS$54 bilion menjelang tahun 2032.


Labuan,dengan lokasi strategiknya,punya potensi besar menjadi hab global dalam industri tuna.


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa berkata demikian seusai meninjau kilang tuna di Patau-Patau,Labuan.


Kilang tuna kendalian Labuan Food Industries Sdn. Bhd.,sebuah syarikat tempatan telah 35 tahun berkecimpung dalam perikanan komersial,pembuatan,pengeksportan dan perdagangan makanan laut beku,khususnya tuna.


Syarikat itu merupakan pengeksport utama tuna ke pasaran global seperti AS,Eropah dan Oceania,dengan teknologi pemprosesan terkini termasuk pembekuan ultra rendah sehingga -60°C. Ia bagi memastikan kualiti terbaik untuk produk tuna mereka.


Katanya,industri itu merupakan peluang keemasan untuk mencipta nilai ekonomi baharu di Labuan,meningkatkan pekerjaan tempatan dan menjadikan Labuan sebagai pusat pemprosesan tuna bertaraf dunia.


Atas dasar itu,beliau memberikan sokongan penuh kepada industri tersebut.


Tambahnya,Labuan mampu menjadi peneraju dalam industri tuna global,sekali gus memperkukuhkan peranan negara di pentas antarabangsa.


Dr. Zaliha mengadakan lawatan kerja dua hari ke Labuan bermula semalam.


Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.