Sultan Ibrahim berkenan santap pagi bersama Perdana Menteri

2025-01-26 IDOPRESS

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR,26 Januari- Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa santap pagi bersama Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri menikmati menu nasi lemak Burung Hantu cawangan Semua House di Masjid India.

Momen itu dikongsikan di laman Facebook rasmi baginda hari ini.

Hantaran tersebut turut menyebut keterujaan orang ramai yang tidak melepaskan peluang bersalaman dan merakam gambar bersama Seri Paduka Baginda.

Sultan Ibrahim turut berkenan meluangkan masa beramah mesra bersama kanak-kanak selain bertanyakan khabar.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.