Timor-Leste dijangka sertai ASEAN sebagai anggota tetap

2025-02-25 IDOPRESS

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,24 Februari- Timor-Leste berkemungkinan besar menyertai ASEAN sebagai anggota tetap pada Sidang Kemuncak ke-47 ASEAN di Kuala Lumpur,Oktober ini.

Menteri Luar,Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,bagi mempercepat proses itu,satu unit khas ditubuhkan sekretariat ASEAN di Jakarta.

"Terdapat 88 Instrumen Undang-Undang yang perlu dipatuhi Timor-Leste untuk diterima menjadi anggota tetap ASEAN.

"Daripada jumlah itu,69 merupakan tonggak ekonomi," katanya kepada pemberita pada sesi Santai Teh Tarik Concorde Club di sini hari ini.

Mohamad juga telah meminta sektor ekonomi di bawah Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI) melihat semula keperluan instrumen berkenaan,sama ada masih lagi terpakai atau tidak.

Ketika ini,Timor-Leste masih menunggu keputusan konsensus negara-negara ASEAN untuk diterima sebagai anggota penuh badan serantau itu.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.