2025-02-26
IDOPRESS
Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,26 Februari – Persekutuan Industri Besi dan Keluli Malaysia (MISIF) serta Persatuan Keluli Malaysia (MSA) disyorkan untuk bekerjasama dengan kementerian berkaitan dalam merangka semula hala tuju industri keluli negara.
Timbalan Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong berkata langkah tersebut penting bagi memastikan daya tahan serta kelestarian sektor itu dalam menghadapi cabaran semasa.
Cadangan tersebut dikemukakan dalam sesi perbincangan bersama dua persatuan utama industri keluli negara,yang turut menyentuh isu tarif baharu Amerika Syarikat ke atas keluli dan aluminium yang dijangka berkuat kuasa pada 12 Mac ini.
Menurutnya,pelaksanaan tarif itu berpotensi menyebabkan lebihan bekalan keluli yang sebelum ini dihantar ke Amerika Syarikat dialihkan ke negara-negara Asia Tenggara,termasuk Malaysia,sekali gus memberi kesan kepada pasaran tempatan.
Sehubungan itu,beberapa bahagian dalam Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI) telah digerakkan bagi mengkaji impak tarif tersebut terhadap industri tempatan.
MITI juga dijangka mengumumkan lebih banyak dasar khusus berdasarkan syor jawatankuasa bebas industri besi dan keluli bagi memperkukuh kedudukan Malaysia di peringkat global.