Syahadah bakal menemui penonton pada 2 Mac

2025-02-27 IDOPRESS

Episod 1 : Masjid Kampung Sembulan,Pusaka Islam Pertama Sabah

KUALA LUMPUR,27 Februari- Program dokumentari unggul RTM,'Syahadah' akan menemui penonton bermula 2 Mac ini,setiap hari sepanjang Ramadan pada pukul 6.00 petang hingga 6.30 petang di saluran TV1 dan menerusi RTMKlik.

Memasuki edisi ke-19 tahun ini,dokumentari berbentuk sejarah keislaman yang bersiaran sepanjang Ramadan membawa tema,Panggilan Borneo Jelajah Uzbekistan: Membawa kupasan penghijrahan komuniti Islam di Sabah dan Sarawak keunikan Islam di Uzbekistan menjadi intipati utama musim ini.

Episod pengenalannya pada 2 Mac memaparkan kisah Masjid Kampung Sembulan,Pusaka Islam Pertama Sabah,diikuti episod Warisan Santubong,Lebo Botong,Jejak Tarbiah,Al-Tayyibat,Keringat di Tebian,Pulau Dinawan,Wira Kinabalu,Pengukir Dari Uzbekistan dan banyak lagi.

Hampir dua dekad menjadi peneman setia sejak mula diterbitkan pada 2005 sehingga kini,program terbitan Unit Majalah Dokumentari RTM (UMDTV RTM) itu telah membawa penonton ke banyak destinasi menarik menyusuri keindahan Islam.

Ia termasuk pendekatan asas Islam,pendidikan,ekonomi,gaya hidup,srikandi Islam,sahabat muslim,konsep halal,komuniti,seni dan budaya setempat yang dipilih.

Kali ini seramai tujuh orang penerbit berpengalaman dari UMDTV RTM dibahagikan mengikut zon terpilih di Sabah dan Sarawak dengan 20 episod,manakala Jelajah Uzbekistan pula mengetengahkan 10 episod khasmerangkumi bandar Taskent,Bukhara,dan Samarkand.

Barisan penerbit Syahadah 2025
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.