Petronas dijangka kekal komited bayar dividen RM32 bilion tahun ini

2025-02-27 IDOPRESS

Menteri Kewangan II,Datuk Seri Amir Hamzah Azizan/ BERNAMA

KAJANG,26 Februari- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dijangka kekal komited membayar dividen berjumlah RM32 bilion kepada kerajaan tahun ini.

Menteri Kewangan II,Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata,tiada pengurangan pembayaran dividen daripada firma minyak dan gas nasional itu,setakat ini.

"Saya fikir komitmen daripada Petronas masih pada tahap RM32 bilion dan akan dibayar untuk tahun ini. Tetapi,seperti mana perniagaan yang lain,bila ada kenaikan atau penurunan,apa sahaja kapasiti kewangan yang ada,kita tengok pada tahun depan sebab dividen adalah berdasarkan prestasi tahun lalu",katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Laporan Pasaran Harta Tanah Tahun 2024.

Mengenai cadangan jumlah dividen bagi tahun hadapan,jelasnya ia bergantung pada prestasi Petronas dan pasaran minyak global.

Petronas telah membayar dividen sebanyak RM32 bilion kepada kerajaan berdasarkan prestasi pada tahun kewangan 2024.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.