Kadar jangka pendek diunjur kekal kukuh, disokong operasi BNM

2025-03-05 IDOPRESS

Foto Hiasan / Fail

KUALA LUMPUR,5 Mac - Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Rabu dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM14.99 bilion dalam sistem konvensional dan RM31.74 bilion dalam dana Islam.

Hari ini,bank pusat akan menawarkan dua tender repo berbalik meliputi tender bernilai RM2.1 bilion bagi tujuh hari dan tender RM1.7 bilion untuk 33 hari.

BNM juga melaksanakan tender repo berbalik Islam bernilai RM480 ​​juta bagi tujuh hari serta tender repo berbalik semalaman RM8 bilion untuk sehari.

Bank pusat juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli balik,serta kemudahan murabahah komoditi bercagar bagi tempoh seminggu,sebulan dan tiga bulan.

Pada pukul 4 petang,BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional bagi RM26.8 bilion dan tender semalaman murabahah bagi RM32.2 bilion.-BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.