2025-04-08
IDOPRESS
Exco Kebajikan,Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor,Anfaal Saari
SUBANG JAYA,8 April- Enam anak Orang Kurang Upaya (OKU) bawah 18 tahun yang berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights,dikenal pasti layak menerima bantuan di bawah Program Iltizam Anak Istimewa Selangor (ANIS).
Exco Kebajikan,Anfaal Saari berkata bantuan akan diselaras melalui Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) bagi memastikan kebajikan anak-anak istimewa tersebut terus diberi perhatian meskipun dalam situasi bencana.
Menurut Anfaal,ia selaras dengan komitmen kerajaan negeri untuk tidak meminggirkan golongan rentan khususnya anak-anak berkeperluan khas.
"Saya telah kenal pasti,jabatan YAWAS telah turun ke lapangan,melihat di PPS daripada segi keperluan mereka. Ada seorang tadi kita jumpa,anaknya ada sumbing.
Kita nak kenal pasti apa yang perlu,mungkin peralatan yang berkaitan. Setakat ini,enam orang telah memohon dansaya akan gesa pihak ANIS untuk proses segera," kata Anfaal kepada pemberita,hari ini.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke PPS Masjid Putra Heights.
Setakat ini,seramai 353 penduduk daripada 91 keluarga masih berada di PPS berkenaan susulan insiden pencemaran udara yang berlaku sejak beberapa hari lalu.