2025-04-21
HaiPress
FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,19 April- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil pada minggu depan,disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Pada minggu ini,bank pusat itu melakukan operasi harian dengan melaksanakan tender-tender repo berbalik dan repo berbalik Islam bagi mengurangkan mudah tunai dalam sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional naik kepada RM31.51 bilion semalam daripada RM29.44 bilion pada akhir minggu sebelum itu.
Dalam sistem Islam,mudah tunai berkurangan kepada RM19.89 bilion daripada RM20.45 bilion sebelumnya.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-I) berada pada 3.00 peratus setakat 18 April,2025.- BERNAMA