Malaysia anjur Forum Koperasi ASEAN Mei depan

2025-04-22 HaiPress

Program LADA COOP Invest Day 2025 dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Ewon Benedick/KOOP Sahabat

LANGKAWI,21 April – Malaysia bakal menjadi tuan rumah Forum Koperasi ASEAN bersempena Kepengerusian ASEAN 2025 yang dijadual berlangsung Mei ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi,Datuk Ewon Benedick berkata,forum ASEAN Cooperative Dialogue 2025 itu akan diterajui oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dengan sokongan penuh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

“Antara perkara yang boleh dibincangkan menerusi gerakan koperasi ini ialah usaha membina kerjasama strategik dengan koperasi luar negara yang boleh menjadi rakan pelaburan di Malaysia.


Dalam masa sama,koperasi tempatan juga boleh meninjau potensi pelaburan di negara jiran,” katanya selepas merasmikan LADA Coop Invest Day 2025 di sini,hari ini.

Pada majlis sama,turut berlangsung penyerahan memorandum persefahaman (MoU) antara Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KOOP Sahabat) dan Kumpulan Marriott bagi pembangunan sebuah hotel empat bintang bernilai RM200 juta di Langkawi.

Hadir sama,Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA),Datuk Haslina Abdul Hamid; Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia,Leftenan Jeneral (Bersara) Datuk Ahmad Norihan Jalal serta Ketua Setiausaha KUSKOP,Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.

Ewon turut menyarankan gerakan koperasi negara agar berani berubah dan tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada model perniagaan tradisional.

Sebaliknya menyarankan agar koperasi meneroka peluang baharu yang lebih mampan selaras dengan perkembangan ekonomi serantau.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.