Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil

2025-04-22 HaiPress

Foto Fail

KUALA LUMPUR,22 April- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM29.26 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam berjumlah RM18.06 bilion.

Pada hari ini,BNM akan melaksanakan tiga tender report berbalik iaitu RM2.7 bilion selama tujuh hari,RM1.5 bilion bagi tempoh 31 hari dan tender repo berbalik Islam bernilai RM280 juta selama tujuh hari.

Bank pusat itu turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula dan kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar bagi tempoh seminggu,sebulan dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM33.5 bilion dan RM18.3 bilion dalam tender semalaman Murabahah.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.