2025-04-22
IDOPRESS
FOTO RTM
PERMATANG PAUH,21 April- Hujan lebat selama hampir satu jam awal pagi tadi menyebabkan sekurang-kurangnya 100 buah rumah di enam kampung di sini dinaiki air.
Kampung terjejas termasuk Kampung Patani,Kampung Jelutong,Kampung Kota,Kampung Tanah Liat dan Kampung Mengkuang yang menyaksikan air naik sehingga paras pinggang.
Susulan itu,seramai hampir300 penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Permatang Pasir.
Kapten Pertahanan Awam Seberang Perai Tengah,Mohd. Fadil Fahmi Zaini berkata limpahan air yang tinggi berpunca daripada hujan lebat sekitar pukul 1.00 pagi serta fenomena air pasang telah menyukarkan aliran keluar air ke laut.
Penduduk yang ditemui turut meluahkan rasa terkejut kerana menyifatkan kejadian tersebut merupakan kali pertama kawasan mereka dilanda banjir seteruk itu.
"Saya nampak air dah masuk seluruh rumah – dapur,ruang tamu… sampai paras paha. Kami terus selamatkan diri perlahan-lahan," kata Mohd. Akmal Hakim.
Seorang lagi penduduk,Fahrul Naim Faizi Ismadi pula berkata air mula memenuhi rumahnya ketika dia bersiap-siap untuk berpindah. "Mula-mula air sampai buku lali,kemudian paras pinggang ketika polis dan anggotaJabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sampai bantu kami keluar," jelasnya.