SCOPE jalin kerjasama strategik dengan ICDM & AWLUC perkasa kepimpinan di Sarawak

2025-04-23 IDOPRESS

Pengarah Asian Women’s Leadership Project,Tan Sri Zarinah Anwar

KUCHING,22 April- Pusat Kecemerlangan Prestasi Sarawak (SCOPE) akan memperkukuh kerjasama bersama Institute of Corporate Directors Malaysia (ICDM) dan Asian Women Leadership University College (AWLUC) menerusi penganjuran pelbagai program strategik bagi memantapkan ekosistem kepimpinan organisasi di negeri ini,khususnya dalam kalangan wanita.

Menurut Pengarah Asian Women’s Leadership Project,Tan Sri Zarinah Anwar,kerjasama itu akan menyaksikan ICDM memberi penekanan kepada latihan berfokus jawatan pengarah dan pengurusan kanan,meliputi aspek ketrampilan,tadbir urus korporat dan strategi pengurusan yang berkesan.

Sementara itu,AWLUC pula akan menumpukan kepada pembangunan kapasiti kepimpinan wanita bagi memperkasa keupayaan mereka dalam sektor profesional dan korporat.

“Jika kita lihat statistik semasa,lebih 60 peratus graduan universiti di Malaysia terdiri daripada wanita. Namun,masih wujud ketidakseimbangan ketara dalam pengisian jawatan kepimpinan tertinggi yang masih didominasi oleh lelaki.

“Sudah tiba masanya organisasi mengenal pasti dan mengoptimumkan potensi semua bakat,tanpa mengira jantina,demi mencapai prestasi dan hasil terbaik,” jelas beliau.

Tan Sri Zarinah berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak,Tan Sri Abang Johari Tun Openg di pejabat beliau di Wisma Bapa Malaysia,Petra Jaya,hari ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.