2025-04-27
IDOPRESS
Foto REUTERS
KUALA LUMPUR,27 April- Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia (PENGILANG) yakin,lawatan Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ke Washington bagi membincangkan isu tarif bakal membuahkan hasil .
Presidennya,Datuk Dr Azman Yusoff,berkata ini kerana Malaysia mengamalkan pendekatan diplomatik dan berbincang secara baik untuk menggalakkan kefahaman yang lebih mendalam terhadap isu berkenaan.
"Harapan kita adalah supaya ada kesimpulan daripada pihak kerajaan dan juga pihak yang berwajib,yang berbincang itu,supaya keadaan itu lebih menang-menang.
"Kita mohon rundingan ataupun hubungan bilateral yang baik antara dua negara ini akan memberikan hasil yang baik kepada negara. Maknanya,kita pun bukan dalam keadaan rugi," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis sambutan Aidilfitri PENGILANG di sini.
Ujarnya,sekiranya tarif dikekalkan pada kadar 24 peratus,ia akan memberi kesan yang besar terhadap eksport negara terutamanya sektor perkilangan melibatkan kos operasi,kos pengeluaran dan bahan mentah.
Tambahnya,Malaysia perlu kekal sebagai negara berkecuali dalam hubungannya dengan Amerika Syarikat dan China,memandangkan kedua-dua negara itu amat penting kepada pelaburan dan perdagangan negara.