Belia pencetus perubahan masa kini

2025-05-23 IDOPRESS

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berucap pada Majlis Perasmian sempena 4th ASEAN Youth Dialogue 2025,di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR,23 Mei - Nilai keterangkuman,inovasi dan kesatuan penting dalam memastikan suara belia membawa impak nyata terhadap dasar-dasar ASEAN.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata,generasi muda bukan hanya pemimpin masa hadapan,malah pencetus perubahan masa kini.

"Peluang untuk membentangkan penyataan ini kepada semua pemimpin ASEAN merupakan satu platform penting bagi memastikan suara anda didengari dan saya menyeru anda semua agar berani,inovatif dan bersatu dalam matlamat," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian sempena 4th ASEAN Youth Dialogue 2025,di ibu negara.

Antara isu utama yang dibangkitkan dalam dialog tersebut termasuk keperluan terhadap akses kepada pendidikan berkualiti,penyediaan peluang pekerjaan,tindakan tegas terhadap perubahan iklim,sokongan berterusan dalam kesihatan mental,serta usaha memerangi penyebaran maklumat palsu dan buli siber.

Bertemakan "Youth for a Sustainable Future: Empowering Inclusion and Driving Change in ASEAN”,dialog tahunan itu menghimpunkan lebih 85 pemimpin belia dari negara-negara ASEAN dan Timor-Leste bagi membincangkan cabaran serta hala tuju pembangunan mampan rantau ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.