Mualaf terus disantuni, agihan zakat cecah RM9.3 juta

2025-05-23 IDOPRESS

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar.

KUALA LUMPUR,23 Mei -Golongan mualaf di negara ini terus diberikan perhatian tanpa dipinggirkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar menegaskan,pelbagai bentuk bantuan disediakan melalui institusi agama termasuk Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Katanya dalam kenyataan,sehingga Mei 2025,seramai 1,098 mualaf telah didaftarkan di Wilayah Persekutuan berbanding 968 orang pada tahun lalu.

Antara bantuan utama termasuk bantuan kewangan bulanan berjumlah RM500 hingga RM1000.

Bantuan keperluan asasi sebanyak RM300 sebulan turut disediakan.

Selain,bantuan deposit dan sewa rumah sehingga RM3000 secara sekali bayar dan RM1000 sebulan juga diberikan.

Agihan zakat setakat tahun ini mencecah RM9.3 juta merangkumi kluster kebajikan,pendidikan,ekonomi dan perlindungan sosial.

Datuk Dr. Mohd Na’im menyeru golongan mualaf agar berurusan terus dengan institusi yang sah seperti kaunter zakat dan pejabat agama bagi mendapatkan bantuan yang sewajarnya.

Pihak masjid,agensi zakat dan pegawai agama juga diingatkan supaya terus cakna dan prihatin terhadap keperluan saudara baharu.

Ini bagi memastikan mereka tidak berasa tersisih ketika menyesuaikan diri dalam kehidupan sebagai umat Islam.

Sebelum ini,tular di media sosial luahan seorang wanita mualaf yang kecewa gagal mendapatkan bantuan sehingga nekad keluar daripada agama Islam.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.