Pasaran buruh stabil, kadar pengangguran kekal 3.1 peratus - DOSM

2025-05-23 IDOPRESS

Ketua Perangkawan,Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin

PUTRAJAYA,23 Mei – Pasaran buruh negara kekal stabil pada suku pertama tahun ini,dengan jumlah tenaga buruh meningkat kepada 17.23 juta orang.

Kadar pengangguran pula kekal pada paras 3.1%,menurut laporan Sorotan Pasaran Buruh (LMR) yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pertumbuhan ekonomi turut mencatat peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 4.4%,berbanding 4.2% pada suku sama tahun lalu.

Peningkatan itu didorong pasaran buruh yang kukuh,perbelanjaan pengguna musim perayaan,dasar gaji minimum serta kenaikan gaji penjawat awam.

Ketua Perangkawan,Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata,jumlah pekerja meningkat kepada 16.7 juta orang.

Kadar penyertaan tenaga buruh juga naik kepada 70.7%,manakala jumlah penganggur menurun kepada 526,300 orang.

Guna tenaga tidak penuh berkaitan masa mencatat penurunan 9.2%.

Bagi guna tenaga berkaitan kemahiran,kadar turun kepada 35.7% meskipun jumlah pekerja meningkat sedikit.

Sebanyak 97.9% daripada 9.06 juta jawatan tersedia telah diisi,menunjukkan kekuatan pasaran kerja.

Jawatan baharu meningkat 3.4% kepada 33,200,manakala kadar kekosongan kekal pada 2.1%.

Produktiviti buruh juga meningkat sederhana dari tahun ke tahun.

Nilai ditambah per pekerja mencecah RM24,580,manakala produktiviti per jam meningkat kepada RM42.50.

Dalam pada itu,kerajaan memperuntukkan RM20 juta bagi melatih 5,000 rakyat dalam bidang teknologi utama.

Ia termasuk memperkukuh program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET),bagi membina tenaga kerja masa depan yang lebih kompetitif.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.