Malaysia terus kukuh perjanjian dagangan dengan anggota ASEAN, rakan dialog

2025-06-19 IDOPRESS

Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR,19 Jun- Malaysia akan terus perkukuh perjanjian perdagangan sedia ada bersama negara anggota ASEAN dan rakan dialog,selaras dengan komitmen terhadap pembentukan ekonomi serantau lebih kukuh,bersepadu dan berdaya tahan

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,ASEAN mempunyai asas kukuh dalam menangani pelbagai cabaran termasuk isu kedaulatan dan sempadan,ancaman pandemik serta krisis iklim.

"Ia telah mengukuhkan integrasi ekonomi kita melalui inisiatif seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau,dan pada masa depan,Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital.

"Kami akan terus menaruh kepercayaan kepada prinsip asas penubuhan penubuhan ASEAN dan potensinya yang berterusan," katanya dalam ucaptama pada Persidangan Meja Bulat Asia-Pasifik ke-38 (APR) di ibu negara.

Selaku pengerusi ASEAN 2025,Malaysia sudah tentu menjadi tumpuan dunia,sekali gus membuka pelbagai peluang ekonomi besar kepada rakyat.

"Sebagai agen perubahan,Pengerusi kita tidak seharusnya sekadar mencerminkan nilai-nilai ASEAN,tetapi mesti berusaha untuk membentuknya.

"Kita perlu berani berdepan dengan realiti sebenar struktur serantau,memperbaharui komitmen terhadap tanggungjawab bersama,dan memperkukuh kerjasama yang melangkaui retorik semata-mata," katanya lagi.

Kejayaan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China membuktikan keupayaan ASEAN dalam mempertemukan pelbagai pihak serta memanfaatkan potensi kerjasama ekonomi dan institusi secara berkesan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.