Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil

2025-06-20 HaiPress

Foto Fail

KUALA LUMPUR,20 Jun- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM24.37 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam berjumlah RM18.75 bilion.

Pada hari ini,BNM akan menjalankan tender repo berbalik merangkumi RM3.4 bilion bagi 10 hari,RM1.5 bilion selama 31 hari dan RM1 bilion untuk 94 hari.

Bank pusat itu turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM30.3 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM18.7 bilion.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.