2025-06-20
IDOPRESS
Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,20 Jun- Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan bekas Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak daripada tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) berjumlah RM27 juta.
Keputusan dibuat Hakim K. Muniandy selepas membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri itu untuk dilepas tanpa dibebaskan (DNAA).
Datuk Seri Najib sebelum ini memohon untuk dilepas tanpa dibebaskan atau dilepas dan dibebaskan daripada tiga pertuduhan itu.
Pada 3 Februari 2019,Datuk Seri Najib didakwa atas tiga pertuduhan menerima wang berjumlah RM27 juta hasil kegiatan haram menerusi tiga akaun bank AmPrivate Banking miliknya,di AmIslamic Bank Berhad,Bangunan Ambank Group,Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014.
Pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM 5 juta atau kedua-duanya,jika sabit kesalahan.