Bas persiaran bawa 36 pelancong terbabas

2025-06-20 IDOPRESS

Bas berkenaan membawa 32 lelaki dan empat wanita warga India yang dipercayai dalam perjalanan dari sebuah hotel di Kuala Lumpur ke sebuah hotel di Ipoh/Foto orang awam

IPOH,20 Jun – Seramai 36 pelancong warga India dan seorang pemandu tempatan terselamat tanpa sebarang kecederaan selepas bas persiaran yang mereka naiki terbabas di Kilometer 396.2 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Tanjung Malim,petang semalam.

Ketua Polis Daerah Muallim,Supt Mohd Hasni Mohd Nasir berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 3.39 petang ketika bas dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh.

“Siasatan awal mendapati pemandu bas hilang kawalan sebelum terbabas ke kanan jalan dan merempuh pembahagi lebuh raya lalu terhumban ke dalam longkang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau,bas berkenaan membawa 32 lelaki dan empat wanita warga India yang dipercayai dalam perjalanan dari sebuah hotel di Kuala Lumpur ke sebuah hotel di Ipoh.

“Semua mangsa termasuk pemandu berusia 41 tahun berjaya menyelamatkan diri dan dipindahkan ke bas gantian bagi meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing,” katanya.

Kes disiasat mengikut peruntukan sedia ada di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.