Wanita berdepan detik cemas, kediaman dinaiki air 1 meter susulan hujan lebat

2025-06-20 IDOPRESS

Taman Bukit Kemuning,Shah Alam dinaiki air setinggi 1 meter susulan hujan lebat pagi tadi

SHAH ALAM,20 Jun- Seorang wanita terperangkap di kediamannya di Taman Bukit Kemuning di sini,apabila lokasi itu dinaiki air setinggi kira-kira satu meter.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam,Pegawai Bomba Kanan (PBK) II,Haspezal Amdan memaklumkan pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.29 pagi tadi berhubung kejadian itu.

Bagaimanapun wanita berkenaan berjaya diselamatkan orang awam dari kediamannya dan dibawa ke lokasi selamat.

Beliau turut memaklumkan bahawa,setakat ini masih belum ada pusat pemindaan sementara (PPS) dibuka.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.