2025-07-07
IDOPRESS
Mayat mangsa ditemukan kira-kira 300 meter dari lokasi bot karam
SARIKEI,6 Julai - Mayat mangsa kelima insiden bot karam di Pantai Belawai,di sini ditemukan kira-kira pukul 6 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Sarikei,Superintenden Aswandy Anis berkata,mayat kanak-kanak lelaki berusia lingkungan 3 tahun itu ditemui 300 meter dari lokasi kejadian.
Lima disahkan lemas,6 lagi masih hilang dan 7 terselamat dalam insiden bot karam di Pantai Belawai
Dalam kejadian kira-kira 2.11 minit petang semalam,sebuah bot membawa 17 penumpang warga Indonesia karam.
Setakat ini,lima disahkan lemas dan enam lagi masih hilang,manakala tujuh berjaya diselamatkan.