Institusi agama di Perak dikehendaki patuhi peraturan pembinaan

2025-07-11 IDOPRESS

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad

IPOH,10 Julai -Mana- mana pengusaha daninstitusi agama di negeri perak dikehendaki untuk mematuhi semua peraturan serta proses pembinaan yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata,langkah tersebut bukan bertujuan menyekat pembinaan institusi agama di negeri itu,sebaliknya bagi menjamin keselamatan pelajar dan penghuni institusi berkenaan.

Beliau berkata,ada antara institusi yang dibina tidak mempunyai kebenaran merancang terutama di kawasan pedalaman kerana mahu mengurangkan kos.

"Ini supaya apabila dibangunkan kelak,keselamatan bangunan itu akan memberi jaminan keselamatan kepada pelajarI. a bukan sahaja melibatkan sistem pendawaian elektrik,tetapi turut merangkumi aspek lain seperti pengudaraan yang mencukupi,bilangan tingkap dan pintu,serta kepadatan penghuni. Kesemua perkara ini perlu diambil kira," katanya.

Beliau bercakap kepada media selepas merasmikan Majlis Penutup Program Pegawai Integriti Bertauliah (Ceio) yang berlangsung di Dewan Banquet,Bangunan Perak Darul Ridzuan,di sini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.