2025-07-15
HaiPress
Foto Fail
KUALA LUMPUR,15 Julai - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM10.14 bilion dalam pasaran konvensional dan RM34.10 bilion dalam dana Islam.
BNM akan melaksanakan dua tender repo berbalik hari ini merangkumi RM4.0 bilion untuk tempoh tujuh hari dan RM1.5 bilion selama 31 hari serta satu tender repo berbalik semalaman sebanyak RM8.0 bilion untuk tempoh sehari.
Bank pusat itu turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula dan kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk seminggu,sebulan dan tiga bulan.
Pada pukul 4.00 petang,BNM dijadual melaksanakan sehingga RM23.6 bilion melalui tender semalaman konvensional dan tender lelongan semalaman Murabahah sehingga RM34.1 bilion.- BERNAMA