AMME18: Hujan, ribut petir dijangka sepanjang persidangan tiga hari

2025-09-01 HaiPress

Foto fail

LANGKAWI,1 September -Hujan pada waktu pagi diramal berlaku sepanjang tiga hari Mesyuarat Menteri-Menteri Alam Sekitar ASEAN ke-18 (AMME18) yang dijadual bermula esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan turut meramalkan ribut petir dijangka berlaku pada waktu petang 2 dan 3 September,manakala cuaca pada hari terakhir dijangka cerah.

"Sementara itu,waktu malam bagi hari pertama dan kedua diramal berawan namun cuaca kekal baik," menurut kenyataan itu.

AMME-18 yang dijadual berlangsung dari 2 hingga 4 September di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC),turut merangkumi Mesyuarat Persidangan Pihak-Pihak kepada Perjanjian ASEAN ke-20 mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (COP-20 AATHP) serta mesyuarat-mesyuarat berkaitan.

Acara itu akan menghimpunkan menteri-menteri alam sekitar ASEAN dan pegawai kanan untuk membincangkan kerjasama serantau dalam aspek kelestarian dan pengurusan alam sekitar yang inklusif.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.