Pasaran getah ditutup bercampur-campur

2025-09-04 HaiPress

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,3 September - Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini,mencerminkan prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau,kata peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran terjejas oleh kejatuhan harga minyak mentah dan ketidaktentuan yang meningkat mengenai tarif perdagangan Amerika Syarikat (AS).

“Bagaimanapun,penurunan seterusnya dikekang oleh kebimbangan berterusan mengenai bekalan getah asli yang terhad,” katanya kepada Bernama.

Niaga hadapan getah Jepun meningkat pada Rabu,disokong oleh permintaan hiliran yang meningkat berikutan syarikat menambah inventori dan kebimbangan mengenai hujan lebat di negara pengeluar utama Thailand.

Sementara itu,harga minyak merosot di Asia tetapi berada pada paras tertinggi dalam tempoh hampir sebulan berikutan sekatan baharu AS ke atas rangkaian syarikat perkapalan.

Pada 3 petang,Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 naik 2.5 sen kepada 755.50 sen sekilogram manakala susu getah pukal merosot setengah sen kepada 575.0 sen sekilogram.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.