Bekas Imam Besar Masjid Negeri dianugerah Tokoh Maulidur Rasul Selangor 2025

2025-09-05 HaiPress

Bekas Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,Syeikhul Maqari’ Dr Othman Hamzah menerima Anugerah Tokoh Perdana Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor Tahun 1447H/ 2025M pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor Tahun 1447H/ 2025M di Auditorium Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam,Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini/BERNAMA

SHAH ALAM,5 September- Bekas Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah atau Masjid Negeri,Profesor Adjung Dr Syeikhul Maqari' Othman Hamzah dianugerahkan sebagai sebagai Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor Tahun 1447 Hijrah / 2025 Masihi.

Anugerah berkenaan disampaikan Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,di sini hari ini.

Dr. Othman yang kini Penasihat Agama di Puncak Niaga Holdings serta Pengetua Maahad Tahfiz Ismail,Puncak Alam,menerima hadiah wang tunai RM20,000,trofi dan sijil penghargaan.

Pengiktirafan itu mengangkat sumbangan besar beliau dalam memperkukuh legasi keilmuan al-Quran di negeri Selangor.

Terdahulu,keberangkatan Sultan Sharafuddin disambut dengan alunan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Turut hadir,Menteri Besar Selangor,Datuk Seri Amirudin Shari bersama barisan kepimpinan negeri.

Majlis turut diserikan dengan ceramah khas Maulidur Rasul bertajuk "Muhammad SAW Insan Pilihan,Teladan Sepanjang Zaman" yang disampaikan Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),Ustaz Mohd Shamsul Hakim Abd Samad.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.