Lebih 6,000 sertai perarakan Maulidur Rasul di Melaka

2025-09-05 HaiPress

Facebook Majlis Agama Islam Melaka - Rasmi

MELAKA,5 September- Seramai 6,227 umat Islam menyertai Majlis Perhimpunan dan Perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka 1447H/2025 yang berlangsung di Stadium Tun Fatimah,Bukit Serindit,hari ini.

Yang di-Pertua Negeri,Tun Dr. Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri,Toh Puan Dr. Asmah Ab Rahman turut berangkat menyertai perarakan sejauh empat kilometer bersama 112 kontinjen.

Exco Hal Ehwal Agama Melaka,Datuk Rahmad Mariman,berkata sambutan tahun ini dimeriahkan dengan penganjuran pelbagai aktiviti sepanjang karnival empat hari bermula 4 hingga 7 September.

"Selain sambutan Maulidur Rasul,kita juga mengadakan pelbagai program menarik termasuk eksplorasi bertema Maulidur Rasul. Yang lebih istimewa,pada 8 September akan berlangsung cerapan bulan gerhana,khutbah khas dan solat sunat gerhana bermula 12.30 tengah malam hingga 3.00 pagi," katanya.

Terdahulu,beliau turut mengiringi Tun Dr. Mohd Ali Rustam berarak bersama ribuan peserta. Datuk Rahmad turut menggalakkan orang ramai hadir ke Dataran Bukit Palah bagi memeriahkan karnival tersebut.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.