2025-09-05
HaiPress
Pendakwah Mualaf,Ustaz Mohd Naim Islam Abdullah,dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Tokoh Maulidur Rasul 1447 Hijrah/Foto Facebook Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah
ALOR SETAR,5 September – Pendakwah Mualaf,dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas Tokoh Maulidur Rasul 1447 Hijrah/2025 Masihi peringkat Negeri Kedah.
Dilahirkan di Sungai Petani sebagai anak sulung daripada dua beradik,beliau memeluk agama Islam pada 27 Julai 1985 dengan nama asalnya Arumugan Thangavelu.
Kini,beliau bertugas sebagai Pegawai Divisyen Pembangunan Mualaf dan Dakwah Sosial di Lembaga Zakat Negeri Kedah sejak 2018.
“Alhamdulillah,saya bersyukur kepada Allah SWT kerana diizinkan menerima anugerah ini. Terima kasih juga kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah,Jabatan Agama Islam Negeri Kedah serta Jabatan Mufti Negeri Kedah atas kepercayaan yang diberikan untuk saya melaksanakan tugas dakwah dan tarbiah kepada para mualaf,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul,Peringkat Negeri Kedah Darul Aman,bagi Tahun 1447 Hijrah hari ini.
Sepanjang penglibatannya dalam lapangan dakwah,Ustaz Mohd Naim Islam aktif memimpin dan menyertai pelbagai pertubuhan serta program kebajikan.
Antaranya selaku Timbalan Presiden Persatuan Dakwah Islamiah dan Kebajikan Saudara Baru India SeMalaysia (Al-Hidayah).
Beliau turut pernah menerima beberapa pengiktirafan termasuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Majlis Agama Islam Negeri Kedah pada 2009 dan Hadiah Tajaan Menunaikan Haji di Mekah oleh Raja Abdullah menerusi Kerajaan Arab Saudi pada 2011.