Mayat lelaki tanpa identiti ditemui di persisiran pantai Bakam

2025-09-16 HaiPress

Orang awam yang mengenali tatu pada badan si mati diminta menghubungi Ketua Polis Balai Tanjung Lobang

MIRI,15 September – Polis mengesahkan penemuan mayat seorang lelaki berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun di persisiran pantai menuju ke Kampung Bakam pada 14 September lalu.

Ketua Polis Daerah Miri,ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata,hasil siasatan awal mendapati mangsa telah meninggal dunia yang disahkan oleh Penolong Pegawai Perubatan.

Bagaimanapun,mangsa tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

"Mayat telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Miri untuk tujuan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dan Kes ini diklasifikasikan sebagai kes kematian mengejut",katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga menyeru orang awam yang mempunyai ahli keluarga hilang atau mengenali tatu pada badan si mati seperti dilampirkan,diminta menghubungi Ketua Polis Balai Tanjung Lobang,Sarjan Malina Anak Kilat di talian 011-12017034,Balai Polis Tanjung Lobang di talian 085-437290 atau tampil di balai polis berhampiran untuk tujuan pengecaman.

Justeru,beliau turut menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini bagi menjaga sensitiviti keluarga.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.