2025-09-28
HaiPress
FOTO FACEBOOK Selangor Royal Office
SHAH ALAM,28 September- Bonda kepada Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin,Esah Tahar meninggal dunia pada 5.15 pagi tadi.
Selangor Royal Office menerusi hantaran di Facebook memaklumkan allahyarham berusia 82 tahun menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah hospital di Damansara kerana sakit tua.
Jenazah allahyarham akan dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam selepas solat zuhur.