2025-09-29
HaiPress
Kementerian Pendidikan (KPM) bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan mengambil tanggungjawab penuh untuk menyiasat secara terperinci tragedi seorang murid yang terjatuh ke dalam saluran kumbahan di sebuah sekolah di Lenggeng,semalam/Foto Bernama
NILAI,28 September – Kementerian Pendidikan (KPM) bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan mengambil tanggungjawab penuh untuk menyiasat secara terperinci tragedi seorang murid yang terjatuh ke dalam saluran kumbahan di sebuah sekolah di Lenggeng,semalam.
Menteri Pendidikan,Fadhlina Sidek berkata laporan lengkap hasil siasatan itu akan dikemukakan segera bagi tindakan lanjut,selain memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang pada masa hadapan.
Muhammad Arsyad Jahaya (kiri)/Foto Bernama
Muhammad Arsyad ketika berkongsi pengalaman kejadian itu berkata,beliau bertindak selepas diminta bantuan oleh guru sekolah terbabit.
“Ketika itu saya turun untuk mencari mangsa. Dalam keadaan gelap,saya cuba menyelam dan akhirnya menemui adik Fattah. Syukur,urusan itu dipermudahkan. Waktu saya naikkan arwah ke permukaan,dia sangat ringan untuk diangkat,seolah-olah ada pertolongan malaikat yang membantu saya,” katanya.