Negeri Sembilan siap siaga depani tengkujuh

2025-11-06 HaiPress

Foto RTM

SEREMBAN,5 November - Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa siap siaga dengan pelbagai persediaan dilaksanakan bagi menghadapi sebarang kemungkinan banjir pada musim tengkujuh.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata persediaan itu melibatkan penyelarasan di pelbagai peringkat termasuk daerah dan jabatan berkaitan denganbeberapa kawasan berisiko banjir di negeri itu telah dikenal pasti.

"Kita telah membuat pelbagai persediaan terutama melibatkan beberapa keperluan yang mendesak sekiranya berlaku banjir bagi memastikan penyaluran bantuan kepada penduduk terjejas banjir dapat dilakukan dengan cepat dan teratur," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Kerajaan yang berlangsung di Wisma Negeri,hari ini.

Selain itu jelasnya,kerajaan negeri menjalinkan kerjasama dengan beberapa syarikat tempatan dan agensi terlibat untuk persiapan berkaitan khususnya dalam bekalan makanan.

Datuk Seri Aminuddintegaskan,kerjasama bersepadu itu membolehkan setiap situasi termasuk bencana dapat ditangani dengan baik demi kesejahteraan rakyat.

Dalam pada itu,beliau memaklumkan situasi influenza di negeri berkenaan menunjukkan perkembangan positif apabila tiada kluster baharu dilaporkan minggu ini.

Jumlah kes menurun kepada sifar berbanding 27 kes pada minggu lalu.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.