2025-11-07
HaiPress

Tindakan kerajaan menawarkan diskaun 50 peratus bagi mereka yang mempunyai tunggakan saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) disifatkan sebagai strategi pragmatik/Foto arkib/BERNAMA
KUALA LUMPUR,7 November – Tindakan kerajaan menawarkan diskaun 50 peratus bagi mereka yang mempunyai tunggakan saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) disifatkan sebagai strategi pragmatik.
Pakar Keselamatan Jalan Raya,Universiti Putra Malaysia (UPM),Profesor Dr. Law Teik Hua berpandangan meskipun inisiatif itu diyakini dapat mengurangkan jumlah tunggakan saman yang kini mencecah RM5.5 juta,aspek penguatkuasaan tetap menjadi faktor utama dalam memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang.
“Ia strategi pragmatik. Bagi tempoh jangka panjang,ia mungkin berkesan mengurangkan jumlah tunggakan serta menggalakkan pematuhan segera terhadap undang-undang jalan raya. Namun,kitaran seperti tertunggak saman,tawaran diskaun,bayar saman,dan mengulangi kesilapan perlu dihentikan.
“Risiko terbesar daripada kitaran ini ialah pengguna tidak lagi takut disaman kerana menjangkakan akan ada tawaran diskaun pada masa hadapan. Ini boleh menjejaskan tahap pematuhan undang-undang. Kesan sebenar terhadap disiplin jalan raya hanya akan tercapai dengan penguatkuasaan yang konsisten,” katanya ketika dihubungi RTM.
Pakar Keselamatan Jalan Raya,Profesor Dr. Law Teik Hua/RTM