2025-12-11
HaiPress

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid/ Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR 10 Disember - Keputusan kerajaan meningkatkan peruntukan sebanyak RM4 bilion bagi tujuan pemulangan semula cukai kepada pembayar cukai disifatkan langkah tepat untuk merancakkan semula aktiviti ekonomi negara,khususnya dalam jangka pendek.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata,penambahan peruntukan itu akan mempercepat proses kerajaan mengembalikan lebihan cukai yang telah dibayar oleh para peniaga dan individu,sekali gus memberi kesan langsung terhadap pengukuhan aliran tunai kelompok berkenaan.
"Aliran tunai yang lebih stabil ini dijangka mengalir kembali ke dalam ekonomi melalui peningkatan perbelanjaan pengguna dan aktiviti pelaburan," jelasnya.
Kedua-dua faktor penggunaan domestik dan pelaburan juga merupakan komponen utama yang menggerakkan permintaan tempatan dan sebarang peningkatan pada tahap ini mampu merangsang pertumbuhan ekonomi secara menyeluruh.
Pada masa yang sama,beliau turut menegaskan bahawa peruntukan tambahan RM4 bilion ini bukan sahaja menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan pembayaran balik cukai lebih cekap.
Malah,langkah tersebut mampu memberi impak positif segera kepada ekonomi,termasuk menyokong kestabilan peniaga,merangsang aktiviti perniagaan dan memulihkan keyakinan pasaran.
Secara keseluruhan,peningkatan peruntukan bagi pemulangan cukai dilihat selari dengan usaha kerajaan dalam memperkukuh ekonomi domestik serta memastikan kesejahteraan rakyat dan komuniti perniagaan terus terjamin.