2026-03-19
HaiPress

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail/Foto Rastwin RTM
KUALA LUMPUR,19 Mac – Orang ramai diingatkan supaya bertenang dan tidak memperbesarkan isu pembinaan rumah ibadat tanpa izin yang berpotensi mencetuskan ketegangan kaum serta menjejaskan keharmonian negara.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Penguatkuasaan undang-undang semata-mata tidak mencukupi untuk memelihara keharmonian masyarakat,ia memerlukan kerjasama semua pihak khususnya pemimpin masyarakat,tokoh NGO dan aktivis komuniti,” katanya.
Dalam pada itu,beliau turut memuji program Harmoni MADANI antara beberapa badan bukan kerajaan (NGO) daripada komuniti Melayu dan India di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) disifatkan sebagai langkah positif ke arah memperkukuh perpaduan.
“PDRM melihat perbincangan bersemuka di meja rundingan merupakan usaha amat baik demi menjamin keharmonian masyarakat,dan kami akan terus memantau serta berhubung dengan agensi lain termasuk pembentukan jawatankuasa khas bagi menangani isu ini,” katanya.
Beliau turut memberikan amaran keras kepada mana-mana individu atau kumpulan yang cuba mengeksploitasi isu perkauman dan agama untuk kepentingan peribadi.