2026-04-09
HaiPress

Tinjauan persiapan akhir misi kemanusian di gudang MAPIM-Al Khair di Kaherah/Foto RTM Faris Izzat
KAHERAH,9 April – Misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 dilaksanakan bagi membangkitkan semula kesedaran dunia mengenai penindasan Israel terhadap rakyat Palestin yang tidak pernah berhenti.
RINGKASAN BERITA AI
−
Menurut Muhammad Nadir Al-Nuri,peperangan yang berlaku antara Iran dengan Amerika Syarikat-Israel telah mengalihkan perhatian dunia.
Justeru,GSF 2.0 digerakkan sebagai usaha kolektif untuk memecah kesunyian dan memastikan naratif palsu yang dibawa rejim Zionis dapat dilenyapkan.
“Israel cuba membawa naratif palsu kepada seluruh media dan masyarakat antarabangsa seolah-olah mereka dizalimi dan sedang mempertahankan diri.
“Misi GSF 2.0 ini akan memastikan cerita palsu musuh dapat ditenggelamkan hasil sokongan daripada semua,” ujarnya lagi.
Misi kemanusiaan GSF 2.0 dijadual memulakan pelayaran dari Barcelona,Sepanyol pada 12 April dan ia adalah misi pelayaran melalui laut melibatkan hampir 100 kapal.