Mai Mengaji 2.0 KEDAHfm pupuk generasi menjiwai al-Quran

2026-04-24 HaiPress

ALOR SETAR,24 April – Pasangan adik beradik dari Sungai Petani masing-masing muncul Johan dan tempat ketiga dalam Pertandingan Mai Mengaji 2.0 Stesen Radio KEDAHfm,malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI

Hadiah wang tunai berjumlah RM13 ribu diraih para pemenang termasuk sijil dan hadiah iringan yang disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif NESQ Travel & Tours Sdn. Bhd,Mohd Firdaus Rezali di Auditorium Jabatan Penyiaran KedahFM di sini.

Turut hadir Pengarah Penyiaran Kedah,Nur Hafizoh Idris serta Pengarah Bahagian Pemasaran dan Promosi RTM,Kamal Roslim.

Pertandingan Mai Mengaji 2.0 KEDAHfm membina kesinambungan generasi yang menjiwai al-Quran di kalangan remaja dan belia.

Bertemakan “Suara Muda Jiwa al-Quran”,program terbitan Nadzri Md Nasir ini turut bersiaran secara langsung menerusi RTMKlik dan Facebook serta TikTok KEDAHfm.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.