Bolivia lumpuh, pelombong tuntut Paz letak jawatan

2026-05-15 HaiPress

Foto AFP

LA PAZ,15 Mei – Bolivia lumpuh akibat pertempuran melibatkan ribuan pelombong dengan polis kerana protes menuntut peletakan jawatan Presiden Rodrigo Paz susulan krisis ekonomi semakin teruk.

RINGKASAN BERITA AI

“Kami menuntut peletakan jawatan kerajaan yang tidak berkemampuan ini,dialog sudah pun habis,” kata Luis Apaza,seorang pelombong yang berasal dari wilayah Inquisivi,kira-kira 270 kilometer dari sini.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini,kerajaan berdepan bahang protes yang dianjurkan oleh pelbagai sektor melangkaui pelombong,termasuk pekerja kilang,petani,guru,Orang Asli serta pekerja pengangkutan.

Tuntutan menyentuh mengenai kenaikan gaji hingga isu penswastaan ​​syarikat milik kerajaan.

Pada Khamis,Pusat Pekerja Bolivia (COB) iaitu kesatuan terbesar di negara itu,turut mengumumkan peningkatan tuntutannya.

“Isu tuntutan khusus dan petisyen sektoral telah diketepikan. Kini terdapat satu permintaan daripada rakyat yang digerakkan iaitu penyingkiran dan peletakan jawatan presiden,” kata Mario Argollo,wakil tertinggi COB dalam sidang akhbar.

Hampir semua lebuh raya yang menghala ke bandar tanah tinggi itu telah disekat oleh penunjuk perasaan.

Pentadbiran Lebuhraya Bolivia yang dikendalikan kerajaan melaporkan sekurang-kurangnya 24 sekatan jalan raya.

Bolivia sedang mengalami krisis ekonomi yang teruk berpunca daripada kekurangan dolar.

Inflasi tahun ke tahun pada April mencatat 14 peratus.- AFP

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.