Dividen KWSP 2026 dijangka sekitar 6.0% hingga 6.3%, bergantung risiko global

2026-05-28 HaiPress

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid/RTM

KUALA LUMPUR,28 Mei -Kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi 2026 dijangka kekal kukuh dalam lingkungan sekitar 6.0 peratus hingga 6.3 peratus.

RINGKASAN BERITA AI

Namun,masih terlalu awal untuk menjadikannya asas kukuh bagi unjuran kadar dividen untuk tahun ini.

“Pendapatan daripada kedudukan pasaran ini masih tertakluk kepada pelbagai faktor dan risiko. Antaranya termasuk risiko berkaitan Selat Hormuz,yang jika berlaku gangguan atau penutupan,boleh memberi kesan kepada harga bahan api serta kadar inflasi.

“Selain itu,terdapat juga keperluan bank-bank pusat di seluruh dunia untuk menaikkan kadar faedah,yang turut mempengaruhi sentimen pasaran global.Kesemua faktor ini berpotensi mengubah sentimen pasaran yang dilihat agak rapuh,berikutan situasi di Asia Barat yang masih bergolak,” katanya lagi.

Dalam pada itu,beliau turut menyarankan pencarum untuk terus mengamalkan pengurusan kewangan secara berhemah serta mengelakkan pengeluaran simpanan secara tidak perlu,susulan KWSP berupaya menjana pulangan melalui kesan penggandaan dalam jangka panjang.

Sebelum ini,KWSP mengumumkan pendapatan pelaburan mencatatkan peningkatan memberangsangkan sebanyak 51 peratus kepada RM27.73 bilion bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2026,berbanding RM18.31 bilion bagi tempoh sama pada 2025.

Jumlah itu merangkumi keuntungan dan kerugian belum direalisasi berasaskan penilaian pasaran,selaras dengan amalan tahun-tahun sebelumnya,yang turut dipengaruhi turun naik kadar pertukaran asing.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.