2026-06-09
HaiPress

Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil
KUALA LUMPUR,9 Jun – Jenayah kewangan kini semakin kompleks apabila sindiket penipuan mula menggunakan teknologi baharu termasuk ‘blockchain’ dan mata wang kripto bagi menyembunyikan transaksi serta melarikan dana ke luar negara.
RINGKASAN BERITA AI
−
Selain itu,NFCC turut bekerjasama dengan CyberSecurity Malaysia untuk melahirkan pakar dalam bidang mata wang kripto dan blockchain menerusi program latihan khusus selama dua tahun.
“Program ini bertujuan melahirkan pegawai yang mampu menjadi pakar serta memberi keterangan di mahkamah dalam kes melibatkan cryptocurrency,” katanya lagi.
Mengulas mengenai golongan penjawat awam yang turut menjadi mangsa penipuan kewangan,Datuk Seri Shamshun berkata tiada individu yang kebal daripada menjadi mangsa sekiranya gagal membuat semakan dan verifikasi terhadap tawaran yang diterima.
Sindiket lazimnya menggunakan taktik psikologi bagi mewujudkan rasa takut atau mendesak mangsa membuat keputusan dalam tempoh singkat.
“Scammer akan membuat profiling terhadap individu yang bakal menjadi mangsa. Sebab itu kalau menerima panggilan yang mencurigakan,jangan kita layan.
“Apabila kita melayan,mereka boleh mewujudkan rasa ketakutan dan akhirnya mangsa sanggup memindahkan wang ke akaun yang diberikan,” katanya.
Antara bentuk penipuan yang paling kerap memperdaya penjawat awam ialah skim pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi dalam tempoh singkat serta tawaran pinjaman mudah tanpa proses semakan yang ketat.
Sehubungan itu,orang ramai disaran membuat semakan terlebih dahulu menggunakan aplikasi atau platform yang disediakan pihak berkuasa bagi mengesahkan nombor telefon dan akaun bank yang mencurigakan sebelum melakukan sebarang transaksi.
“Yang penting kita perlu membuat verifikasi terlebih dahulu. Itu merupakan langkah awal yang patut dilakukan bagi mengelakkan diri menjadi mangsa penipuan,” katanya.