2026-06-23
HaiPress

Ketua Pengarah Penyiaran,Ashwad Ismail (duduk kanan) dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah YSS merangkap Timbalan Pengerusi 1 YSS/Foto RTM
PUTRAJAYA,23 Jun — Kementerian Perpaduan Negara memperuntuk RM2.8 juta kepada Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) bagi pelaksanaan aktiviti dan operasinya sepanjang tahun ini.
RINGKASAN BERITA AI
−
Pada majlis sama,Datuk Aaron turut menyempurnakan pelantikan tiga Ahli Lembaga Pemegang Amanah YSS bagi memperkukuh hala tuju dan pelaksanaan agenda kesukarelawanan belia.
Mereka ialah Ketua Pengarah Penyiaran,Ashwad Ismail yang dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah YSS merangkap Timbalan Pengerusi 1 YSS.
Turut dilantik,Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perpaduan Negara,Dr. Shatesh Kumar Sangar serta pengacara yang juga Miss Universe Malaysia 2020,Francisca Luhong James Bungan sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah YSS.
Datuk Aaron berkata YSS akan memberi tumpuan kepada peluasan misi sukarelawan ke komuniti yang kurang menerima pendedahan program berskala besar.
Ia termasuk perkampungan Orang Asli serta komuniti warisan seperti Siam,Portugis,Chetti,Baba Nyonya,Orang Ulu dan Penan.
Sepanjang tahun lalu,program dilaksanakan YSS memberi manfaat kepada 309,583 penerima menerusi 1,013 projek komuniti di lapangan.
Sehingga kini,YSS mempunyai 2,519 alumni dengan 348 daripadanya dilantik sebagai Ejen Perpaduan bagi mempromosikan mesej perpaduan di peringkat komuniti,institusi pendidikan dan dalam kalangan belia.
Sejak ditubuhkan pada 2012,YSS telah melaksanakan lebih 100 misi sukarelawan,sekali gus memperkukuh peranannya sebagai platform pembinaan jati diri,kepimpinan dan semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia.