Usahawan PMKS: Jualan MyMall cecah RM24.5 juta setakat Mei

2026-06-24 HaiPress

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi,Datuk Mohamad Alamin/Foto JaPen

KUALA LUMPUR,24 Jun – Seramai 5,776 usahawan perusahaan mikro,kecil dan sederhana (PMKS) tempatan memanfaatkan platform MyMall yang merekodkan nilai jualan keseluruhan sebanyak RM24.5 juta setakat 31 Mei lalu.

RINGKASAN BERITA AI

“KUSKOP kekal komited membantu usahawan PMKS mengatasi cabaran termasuk peningkatan kos operasi perniagaan menerusi pelbagai inisiatif pendigitalan.

“Usahawan PMKS digalakkan memanfaatkan platform seperti MyMall untuk memperluaskan pasaran dan mengembangkan perniagaan secara dalam talian,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat,hari ini.

Selain MyMall,kerjasama antara Tekun Nasional dan TikTok Shop turut memberi manfaat kepada usahawan menerusi penyediaan studio khas bagi membolehkan mereka menjalankan sesi siaran langsung menggunakan teknologi terkini.

Katanya,setakat ini seramai 1,054 usahawan menggunakan kemudahan itu dan berjaya mencatatkan jualan terkumpul RM35.1 juta.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.