2026-06-24
HaiPress

Menteri Pengangkutan,Anthony Loke / Foto RTM
PUTRAJAYA,24 Jun -Garis Panduan Ekonomi Altitud Rendah (LAE) dijangka siap dan diumumkan menjelang penghujung tahun ini.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Forum LAE 2026 di Putrajaya.
Anthony berkata,LAE merangkumi aktiviti ekonomi dan perkhidmatan awam yang dijalankan dalam ekosistem ruang udara altitud rendah melalui penggunaan teknologi seperti dron atau UAS,AAM,logistik udara,pemeriksaan infrastruktur,pertanian pintar dan perkhidmatan kecemasan.
Katanya,aspek keselamatan turut menjadi keutamaan memandangkan semua operasi di ruang udara negara perlu mendapat kelulusan dan kawal selia CAAM sebagai pengawal selia teknikal industri penerbangan.
Jelas beliau,kawal selia itu penting susulan penggunaan dron yang kini semakin meluas,termasuk bagi pengangkutan kargo,mobiliti penumpang,misi penyelamatan,kebakaran dan sektor pertanian.
Dalam masa sama,isu pentauliahan teknologi turut diberi perhatian bagi memastikan teknologi yang dibawa masuk dari luar negara selamat digunakan di Malaysia.
Anthony berkata,pembangunan ekosistem LAE memerlukan pendekatan seluruh kerajaan dengan penglibatan pelbagai kementerian,agensi,sektor swasta dan ahli akademik.
Forum LAE 2026 merupakan forum pertama seumpamanya dianjurkan CAAM bagi meneroka potensi ekonomi baharu berasaskan teknologi penerbangan altitud rendah.