AS dan Iran setuju hentikan serangan

2026-06-29 HaiPress

Selat Hormuz laluan maritim yang paling terkesan sejak konflik Asia Barat tercetus/Foto AFP

WASHINGTON,29 Jun – Amerika Syarikat (AS) dan Iran bersetuju menghentikan serangan antara kedua-dua pihak serta merancang untuk bertemu semula bagi menyambung rundingan yang bertujuan menamatkan konflik di Asia Barat,menurut seorang pegawai AS.

RINGKASAN BERITA AI

Namun,dua pegawai AS serta satu lagi sumber yang mengetahui perkara itu memaklumkan kepada media AS,Axios bahawa rundingan dijadual disambung semula pada Selasa di Qatar.

CNN turut melaporkan perkara yang sama dengan memetik seorang pegawai pentadbiran Presiden Donald Trump yang berkata kedua-dua pihak akan “menghentikan tindakan ketenteraan buat sementara waktu” dan bersetuju mengadakan rundingan lanjut di Doha pada Selasa.

Trump sekali lagi mengulangi ancaman tindakan ketenteraan sekiranya serangan Iran berterusan.

Beliau berkata bahawa Iran “tidak akan lagi wujud” jika AS “terpaksa” menyambung semula peperangan.

Sejak termeterainya perjanjian yang diusahakan Pakistan bagi menamatkan konflik itu,Washington dan Tehran saling melancarkan serangan serta menuduh satu sama lain melanggar syarat gencatan senjata.

Ketegangan terbaharu tercetus pada Ahad apabila tentera AS memaklumkan bahawa mereka telah menyerang 10 sasaran ketenteraan Iran dengan mendakwa bahawa “tindakan agresif berterusan Iran terhadap perkapalan komersial.” – AFP

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.